Thursday, March 3, 2011
Bersyukurlah..
Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan ilahi, walau sehebat mana dugaan dan rintangan yang menimpa bersyukurlah kerana kita masih ada masa untuk menghitung kelemahan diri dan memperbaiki kesilapan."Anda adalah pengurus kepada masa anda dan bersyukurlah kerana anda masih ada masa" Jangan merasa selesa dengan apa yang telah kita lakukan dan lalui dalam kehidupan kita. Adakah landasan ini akan membawa kita ke permulaan kehidupan yang kekal abadi yang lebih baik nikmatnya berbanding kehidupan yang penuh tipu daya di dunia ini.Seperti rangkap lagu P.Ramlee "Jalan yang mana hai tolonglah tunjuk, jalan lurus jalan belok-belok" Tentunya manusia mencari jalan yang lurus, persoalannya pastikah dengan pilihan kita, kenalkah kita kepada kemanusiaan,kebaikan,kesejahteraan dan keikhlasan.Dapatkah membeza antara hak dan batil dan kenalkah kita erti keegoan,erti kebencian,erti kemarahan dan ketidakpuasan."Allah tidak melihat rupa paras kamu tetapi Allah menilik hati kamu"Harta benda,anak isteri dan apa juga yang kita sayangi di dunia ini akhirnya akan kita tinggalkan juga,hanya tiga perkara ilmu yang disyafaatkan,harta yang disedekahkan dan berjanji menjadi manusia yang terbaik di mukabumi ini.Berapa kali kita bersyukur,berapi kali kita bertasbih dan berapa kali kita memuji kebesaran Allah kerana kita tidak kenal kebesaran Allah yang kita lihat setiap hari dalam hidup kita, kita nafikan nikmat yang kita kecapi, tidak endahkan rahmat kurniaannya melainkan kita hanya menunding jari meletakkan kesalahan di bahu orang lain, menyalahkan hujan, menyalahkan matahari, menyalahkan angin, menyalahkan ribut dan sebagainya hingga kita terlupa kita masih bernyawa,kita masih boleh melihat,mendengar,berkata-kata,ketawa dan menangis.Bersyukur akan menghadirkan ketenangan dalam diri manusia.Oleh itu tafsirlah diri kita sedalam-dalamnya supaya kita lebih mengenali diri dan mudah untuk kita mengawal diri sendiri.Ketenangan itu bukan hanya berada di Pulau Langkawi,Pulau Redang dan macam-macam pulau lagi tetapi ianya berada di hati setiap insan manusia yang ada akal boleh memikir.Kenali dirimu rata-rata baru mengenal Allah yang esa.Bukan menjadi manusia yang mengaku dirinya baik tetapi jadilah manusia yang menuntut kebaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment