Pages

Friday, March 4, 2011

Jangan Jadi Perca..

Jangan jadi perca tapi mesti jadi baja, Jangan jadi gagal tapi mesti jadi jaya, Jangan jadi kerdil tapi mesti jadi bisa, Jangan jadi miskin tapi mesti jadi kaya..."Professor Hamka"
Apa itu perca..lebihan kain yang dipotong yang langsung tiada manafaat kepada manusia nak dijadikan kain buruk pun tak boleh tetapi jadilah baja yang menyuburkan tanaman dan merimbunkan tumbuhan dan berkhidmat untuk kehidupan yang lain dan bukan generasi hari mendapat nikmatnya, generasi yang akan datang pun akan menikmati hasilnya selagi pohon terus merendang. Begitulah kehidupan ini "Hiduplah untuk berbakti kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun mati" Pertama berbaktilah kepada diri sendiri buangkan segala sifat negatif yang ada di dalam diri. Sifat dengki, irihati, marah, ketidakpuasan, keegoan, semoga mudah kebaikan melekat di hati kita. Firman Allah"Dalam hati kamu telah ada penyakit,lalu aku tambah penyakit di dalam hati kamu kerana kamu tidak bersyukur" Kebencian yang bersarang di hati akan melenyapkan keikhlasan, tulus dan reda.Berjanji kepada diri untuk menjadi manusia yang terbaik di muka bumi ini.Jangan selalu bermain dengan rasa..merasa diri cukup sempurna, merasa dah banyak pahala dikumpul, merasa berada di landasan yang benar.Saidina Ali pernah berkata "Hati manusia berbolak-balik..Islam dipagi hari,kafir di petang hari.Sesaat aku melupakanmu maka kafirlah aku hari ini. Berzikirlah,bertasbihlah hanya keranaNya bukan balasan pahala yang diharapkan.Firman Allah jika kamu mengingati sekali maka 2 kali aku mengingatimu, jika kamu berjalan kepadaku maka aku berlari kepadamu. Bersihkanlah hatimu dari segala permasalahan dunia yang sementara kerana di sana kehidupan kekal abadi lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui nescaya kamu sentiasa bersyukur. Hendakkah kukhabarkan kepadamu siapakah golongan yang paling rugi dalam kehidupan di dunia, iaitu orang yang berasa baik atas perbuatannya. Kenalilah erti keikhlasan yang sebenarnya. Jangan terlalu mengharap ganjaran dalam setiap perbuatan nanti terpadam keikhlasan, bak kata orang lama."Tak hidup kerana puji-pujian, tak mati kerana cacian" Kita semua sama sahaja datang dari Allah yang esa...

No comments:

Post a Comment